SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SK BATANG KALI:::“103 TAHUN SKBK: SEIRING KOMITED BINA KEJAYAAN”

Tuesday 26 August 2014

TARIKH PELAKSANAAN SARINGAN LINUS 2.0 2014

MAKLUMAN

Berikut adalah tarikh pelaksanaan LINUS 2.0 bagi Literasi Bahasa Melayu, Literasi Bahasa Inggeris dan Numerasi:

Saringan 2:
 Membaca 1 Sept - 3 Okt
Menulis 7 Okt - 17 Okt
Date Key In 20 Okt - 31 Okt

Wednesday 20 August 2014

JADUAL LATIHAN RUMAH SUKAN

BERIKUT ADALAH JADUAL LATIHAN RUMAH SUKAN SEMPENA KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK BATANG KALI
TARIKH                               RUMAH SUKAN TERLIBAT
20.08.2014                        KUNING & HIJAU
21.08.2014                        BIRU & MERAH
27.08.2014                        BIRU & MERAH
28.08.2014                        KUNING & HIJAU
03.09.2014                        KUNING & HIJAU
04.09.2014                        BIRU & MERAH
24.09.2014                        BIRU & MERAH
25.09.2014                        KUNING & HIJAU

WAKTU LATIHAN: 3.00-5.00 PETANG

**Tarikh di atas merupakan perancangan pihak sekolah, sebarang perubahan & pindaan tarikh akan diberitahu kemudian.

**Latihan sukan bertarikh 20 & 21 Ogos 2014 terpaksa dibatalkan kerana murid-murid terlibat dengan peperiksaan di sekolah KAFA.

** Ibu bapa/penjaga dinasihatkan supaya merujuk jadual latihan anak- anak jagaan tuan puan bagi melancarkan segala urusan berkaitan.

Tuesday 12 August 2014

PROGRAM LATIHAN KEBAKARAN PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN BATANG KALI

Syabas dan tahniah kepada Unit Keselamatan SKBK kerana telah berjaya menganjurkan program latihan kebakaran pada 12 Ogos 2014. Terima kasih diucapkan kepada semua warga SKBK kerana bertindak dan bergerak pantas untuk menyelamatkan murid-murid.

Murid berkumpul di padang

Guru-guru memastikan semua murid berada di padang

Taklimat Panduan Menghadapi Kebakaran oleh Cikgu Mohd Shardee

Monday 11 August 2014

MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN 5A DALAM PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR


Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya memperoleh keputusan 5A. Semoga penghargaan yang diberikan dapat menyuntik semangat kalian. Kepada pelajar-pelajar yang lain, percayalah yang perjuangan anda belum selesai. Anda ditakdirkan kecewa hari ini supaya anda dapat bangun mencipta kejayaan di hari esok.

SEKITAR MAJLIS PERPISAHAN CIKGU ALPIAN DAN JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2014







Majlis ini telah berlangsung pada hari Jumaat (08/08/2014) yang lalu. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini.

Thursday 7 August 2014

PERKONGSIAN ILMU: DISLEKSIA BUKAN PENYAKIT

Sila klik jika berminat