SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SK BATANG KALI:::“103 TAHUN SKBK: SEIRING KOMITED BINA KEJAYAAN”

Sunday 19 October 2014

FAMILY DAY SK BATANG KALI

Pada 18-19 Oktober 2014, telah berlangsung Program Hari Keluarga anjuran KELAB STAF SEKOLAH (KSS) SK Batang Kali. Glory Beach Resort, Port Dickson telah menjadi destinasi pilihan KSS untuk menganjurkan program ini. Rata-rata berpendapat program seperti ini wajar diteruskan pada tahun-tahun berikutnya kerana dapat melahirkan reaksi positif daripada peserta-peserta yang hadir. Jutaan terima kasih diucapkan kepada AJK KSS SKBK 2014 dan semua peserta yang hadir kerana telah menjayakan HARI KELUARGA SKBK 2014.










Monday 13 October 2014


PROGRAM IBADAH KURBAN PERDANA SK BATANG KALI

Syukur Alhamdulillah diucapkan kepada yang Maha Agung kerana dengan kurniaNya, Warga SK Batang Kali telah berjaya mengadakan Program Ibadah Kurban pada 8 Oktober 2014 bersamaan 13 Zulhijjah 1435H. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Y.B. Tuan Mat Nadzari bin Ahmad Dahlan, ADUN Batang Kali yang telah meyumbangkan seekor kerbau untuk dikorbankan. Berkat kerjasama warga SK Batang Kali, aktiviti ini dapat disempurnakan mengikut masa yang ditetapkan.