Thursday, 28 March 2013

MEMERLUKAN FT DGN SEGERA

Jawatan untuk ft diperlukan di sekolah ini.

Mana-mana FT dr KL @ daerah Slgr yg bminat boleh menghubungi no ini 017-6656004 (ft skrg) untuk berurusan.Ini kerana FT sekolah ini ingin bertukar ats sbb-sbb tertentu.Sebarang pertanyaan @ keraguan boleh menghubungi no telefon bkenaan untuk urusan selanjutnya sehingga pertukaran berjaya.

SEDIA BERKHIDMAT.

Wednesday, 20 March 2013

Kehilangan Sebutir Permata

Cikgu Salina dalam kenangan

Assalamualaikum kepada semua pembaca,

Sekolah Kebangsaan Batang Kali sudah kehilangan seorang permata iaitu seorang guru yang bertanggungjawab mendidik anak murid dan bertugas degan cemerlang.Guru yang dimaksudkan adalah Cikgu Salina @ di panggil Salina kedai kek.Beliau adalah guru agama dan salah seorang guru J-Qaf sekolah ini.Beliau juga seorang pengusaha kedai kek di depan rumahnya sendiri bertentangan dengan SMK Syed Mashor.

Beliau seorang guru yang ceria dan banyak membantu hal sekolah dari segi akademik ataupun pentadbiran telah di jemput Allah s.w.t  meninggalkan kami dan org tersayang pada awal pagi Ahad dalam pukul 7.00 pagi. Mendengar cerita dari guru-guru karib arwah , beliau di masukkan ke hospital pada hari Khamis. Sehari selepas itu beliau di benarkan keluar dari hospital kerana sudah sihat. Guru-guru itu juga mengatakan bahawa semasa melawat arwah di dalam hospital,beliau sangat ceria dan seperti tiada masalah kesihatan.Arwah selamat di kebumikan di Taman Selasih, Hulu Selangor jika tidak silap seperti yang diberitahu oleh salah seorang guru disini.

Arwah juga banyak menaburkan idea di dalam aktiviti agama untuk sekolah SKBK. Kalau nk cerita jasanya memang tak terkira . Setiap kali ade mesyuarat,po'lak,camping,jamuan dan sebagainya beliau juga banyak memberi sumbangan untuk makanan bagi sama-sama merasai rezeki dari Allah s.w.t.Sedih mengenangkan kehilangan seorang lagi guru dan rakan seperjuangan.

Kami warga SKBK dan sesiapa yang mengenali beliau marilah kita sama-sama sedekahkan surah Al-Fatihah dan mendoakan beliau ditempatkan di golongan-golongan orang yang beriman.Semoga beliau senang dan tenang di sana di dunia yang berbeza dengan kita. Jasamu di kenang Cikgu Salina.

                                            AL-FATIHAH............

P/s: maaf kerana tidak dapat menceritakan lebih terperinci kerana admin tidak dapat berita yang lebih lanjut.Sekadar yang dengar dari rakan-rakan sahaja.



Wednesday, 20 February 2013

Salam 1 Malaysia,

Adakah perkara ini betol

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2013 (RM400) 1.4 Juta Penjawat + Elaun Perumahan Naik.

Sama-sama kita nantikan... Diharap perkara ini benar dan menjadi kenyataan.Dapat meringankan beban penjawat awam..

 

Untuk membaca berita dengan lebih lanjut. klik link di bawah =>

Berita kenaikan gaji kakitangan awam


 

Thursday, 14 February 2013

Majlis Perpisahan GPK HEM ( Cikgu Rahman) dan Mersy PIBG 2013

Majlis Perpisahan GPK HEM ( Cikgu Rahman) dan Mersy PIBG 2013


Pada 15 Feb 2013,  warga SKBK akan mengadakan majlis perpisahan GPK HEM iaitu Cikgu Rahman pada sebelah pagi bersama murid-murid sekolah dan majlis perpisahan bersama guru-guru dan pekerja SKBK akan diadakan pada sebelah malam bersama makan malam. Majlis diadakan bukan kerana berliau bersara tetapi berliau telah di naikkan pangkat ke sekolah sebagai GURU BESAR.Jika tidak silap admin beliau menjadi GURU BESAR bagi Sekolah Ulu Yam Bharu. Tahniah diucapkan kepada beliau dari kami semua waga SKBK dan semoga akan  menjalankan tugas dengan baik dan berjalan lancar.

                      Tahniah !!!!!

Pada hari yang sama juga , pihak sekolah akan mengadakan mesy PIBG bg tahun 2013 ini. Mesy  akan bermula selepas waktu solat jumaat lebih kurang dalam pukul 3.00pm. Diharap dengan mesy ini pihak guru,sekolah dan ibubapa pelajar-pelajar dan berkongsi pendapat dan menyelesaikan masalah jika terdapat sebarang kekurangan. Mesy ini bertujuan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan sekolah bg menjadi lebih baik serta bagi matlamat mencapai 'Sekolah Bestari' suatu masa nanti.

Mari la kita berbincang sesama kita yobbbbb :)


Tahun Baru 2013 ....

  Bersempena dengan tahun baru 2013, kami warga SK Batang Kali, ingin melancarkan laman blog terbaru SK Batang Kali.

          Tujuan utama pelancaran blog ini adalah sebagai sumber rujukan bagi sesiapa sahaja  untuk mengetahui perkembangan SK Batang Kali dari semasa ke semasa

         Diharap dengan ada blog SK Batang Kali dan juga warga iaitu guru dan pekerja SK Batang Kali mendapat manfaat dari blog ini. In Shaa Allah.
Amin~