SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SK BATANG KALI:::“103 TAHUN SKBK: SEIRING KOMITED BINA KEJAYAAN”

INFO


INFO SEKOLAH
Sekolah
:
BBA5002 - SEKOLAH KEBANGSAAN BATANG KALI
Alamat
:
JALAN ULU YAM BHARU
Poskod
:
44300
Bandar
:
BATANG KALI
Negeri
:
SELANGOR
No Telefon
:
0360572157
No Faks
:
0360572157
PGB/PGK/PCM
:
ABDUL RAZAK BIN ABDUL RASHID
Jenis Bantuan
:
Sekolah Kerajaan
JPN
:
SELANGOR
Status
:
Beroperasi
PPD
:
PPD HULU SELANGOR
Jenis Sekolah
:
SK
Daerah Pentadbiran
:
Hulu Selangor
Sesi
:
Pagi Sahaja
Lokasi Pendaftaran
:
Luar Bandar
Jenis Murid
:
Lelaki dan Perempuan
Bahasa
:
Bahasa Melayu
Peringkat
:
Prasekolah dan Rendah

LOGO SEKOLAH



LOKASI



KOORDINAT

X: 101.644713    Y: 3.468096


LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sekolah ini mengambil nama sempena Kampung Batang Kali dan merupakan sekolah paling awal di Pekan Batang Kali. Kedudukannya 500 meter daripada simpang Batang Kali dan betul-betul di hadapan jalan utama. Pada asalnya, ia merupakan sekolah rakyat yang dibina secara gotong royong oleh penduduk Kampung Batang Kali pada tahun 1918. Bangunan asalnya yang dibuat daripada kayu, atapnya daripada daun bertam dan berlantaikan tanah, terletak kira-kira 250 meter dari bangunan sekarang. Pada awal pembukaannya, muridnya hanyalah seramai 38 orang.

 

            Pada tahun 1925, sekolah ini telah berpindah ke tapak baru yang ada sekarang. Kesemua bangunan yang dibina pada tahun 1920-an merupakan bangunan kayu. Sekolah Kebangsaan Batang Kali mendapat bangunan batu pada tahun 1985, dengan peruntukkan bernilai RM1.4 juta, diperolehi atas usaha PIBG yang bernaung di bawah Dato’ Mohammad bin Haji Mohammad Taib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali pada waktu itu.

 

Pada tahun 2002, Sekolah Kebangsaan Batang Kali telah mempunyai bangunan yang lengkap seperti hari ini. Pada 2009, sekolah ini memiliki 495 murid lelaki dan 419 murid perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 914 orang, dengan seramai 50 orang guru. Di hadapannya adalah Sekolah Rendah Agama Batang Kali, Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashor dan berdekatan Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali.

 

            Pada 3 Januari 2017, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) telah ditubuhkan dan beroperasi dengan 2 buah kelas dan seramai 9 orang murid. Namun pada 2020, kelas ini telah bertambah kepada 5 buah kelas dan dengan 40 orang murid.

 

Pada 2020, Sekolah Kebangsaan Batang Kali memiliki 469 murid lelaki dan 431 murid perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 900 orang, dengan seramai 63 orang guru dan 9 orang kakitangan.

 


 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

 

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan, usaha ini adalah bertuuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

 

 

MISI

 

Melestarikan Sistem pendidikan Yang berkualiti Untuk  Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

 

 

VISI

 

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

 

 

MATLAMAT

 

Melahir bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.

Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan.

Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.

Memberi peluang pendididikan kepada semua warganegara Malaysia.

 

 

PIAGAM PELANGGAN

 

Kami, Warga SK Batang Kali dengan penuh tekad dan iltizam, berikrar akan:

Melaksanakan dasar dan wawasan melalui kepimpinan dan pengurusan

yang dinamik dan progresif.

Bekerjasama dengan ibu bapa dan komuniti dengan penuh tanggungjawab mendidik untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, sahsiah dan intelek.

Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang kondusif untuk menjamin

peningkatan pencapaian akademik dan kokurikulum.

Memberikan perkhidmatan yang mesra, cekap dan pantas mengamalkan budaya penyayang.

Memastikan semua arahan KPM melalui surat makluman dan pekeliling diambil tindakan segera.


LAGU SEKOLAH: SKBK BERJAYA

Inilah sekolah kami,
Sekolah Kebangsaan Batang Kali,
Kami junjungi setiap hari
Cari ilmu, jati diri
Gemilang sekolah kita,
Terjulang namanya sekian lama,
Bergerak maju menempuh waktu,
Berjayalah SKBK,
Gigih berusaha tekun timba ilmu,
Cekal hadapi cabaran,
Dedikasi kita atasi segala,
Cuba pasti kita cuba,
Di sini kita berdiri,
Berikrar penuhi segala janji,
Wawasan diri mesti dipasti,


Ilmu suluh hidup kita.


Sekolah Kebangsaan Batang Kali telah ditadbir urus oleh beberapa orang guru besar. Antara guru besar yang pernah bertugas di sekolah ini ialah:

1.        Encik Mohammad Jali

2.        Encik Mahmud Jintam

3.        Encik Hassan Daya

4.        Encik Sulaiman

5.        Encik Mohammad Taib

6.        Encik Hussin Akid

7.        Puan Laili Binti Haji Abdullah

8.        Encik Sharif Bin Shariat

9.        Encik Abu Samah Bin Mahadi

10.      Tuan Haji Tarmizi Bin Jaafar                                        1994

11.      Tuan Haji Hanif Bin Md. Taiff

12.      Encik Sulaiman Bin Ahmad

13.      Hajah Sharifah Noor Azilah Binti Syed Abd. Aziz      2008

14.      Encik Taufek Bin Mohamed                              16.11.2011

15.      Puan Norzakiah Binti Haji Daud                        26.09.2012

16.      Encik Mohamad Akhwan Bin Haji Jamil           16.11.2013

17.      Encik Yaman Bin Senin                                      16.03.2015

18.      Puan Rosidah Binti Mohd Ahyar                        13.02.2017

             19.      Encik Abdul Razak Bin Abdul Rashid                     14.11.2019



No comments:

Post a Comment