PERMOHONAN KE TINGKATAN 1 SEKOLAH SENI MALAYSIA AMBILAN 2015
Sila klik disini
Friday 23 May 2014
Friday 9 May 2014
TEMA HARI GURU
TEMA HARI GURU 2014
Tema Hari Guru 2014 telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti JNJK pada hari ini. Dengan masih bertemakan "Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi" ternyata KPM adalah sangat konsisten dalam usaha berterusan untuk terus membangunkan kualiti pendidikan di Malaysia yang setaraf dengan negara luar. Finland, mungkin! Tema juga tidak hanya memfokuskan kepada golongan pendidik sahaja, namun dalam masa yang sama turut menumpukan kepada perkara penting pendidikan, iaitu ke arah melahirkan pelajar yang unggul beraspirasi.
TEMA HARI GURU (1972 - 2014)
2014 Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
2013 Guru Malaysia : 1Aspirasi, 1Agenda
2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
Thursday 8 May 2014
PERTANDINGAN MENULIS ESEI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SEMPENA HARI GURU 2014
Dijemput semua warga SK Batang Kali untuk menyertai Pertandingan Menulis Esei Kementerian Pendidikan Malaysia Sempena Hari Guru 2014. Maklumat lanjut, sila klik di sini.
Subscribe to:
Posts (Atom)