SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SK BATANG KALI:::“103 TAHUN SKBK: SEIRING KOMITED BINA KEJAYAAN”

Thursday 30 January 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

Alhamdulillah.... Warga SKBK telah berjaya melaksanakan Program Sambutan Maulidur Rasul Peringkat sekolah bagi tahun 1435H pada 30 Januari 2014. Bertemakan "WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH", program diharap dapat menyemai rasa cinta terhadap Rasul junjungan Muhammad s.a.w.


Murid-murid penuh bersemangat berkumpul seawal jam 7.15 pagi bagi mengikuti Sambutan Maulidur Rasul.

Program SKBK Berselawat yang dipimpin oleh Ustaz Irwan Al-Marwazi
Guru Besar meyampaikan ucapan sempena Program Sambutan Maulidur Rasul 




Hasil kreativiti guru-guru dan murid SKBK menghasilkan kain rentang.


Tahniah kepada semua warga SKBK dan Panitia Pendidikan Islam yang telah mencurahkan sepenuh komitmen dalam menjayakan program ini..Sebagai perkongsian ilmu, ayuh kita melapangkan masa buat seketika untuk membaca artikel di bawah ini.

Menghayati Perjuangan Nabi

Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun  menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. Selain itu, nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu  anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya. 
Keperibadian Terpuji

Masyarakat Arab  Quraisy  amat senang dengan keperibadian yang dimiliki oleh nabi Muhammad, baginda pernah hidup bersama-sama masyarakat Quraisy, pernah bersama-sama membangunkan semula Kaabah yang runtuh akibat banjir. Baginda  dikenali di kalangan masyarakat Arab sebagai seorang yang baik  budi pekertinya, seorang yang amanah sehingga digelar al-amin. 


Tetapi mengapa tiba-tiba nabi Muhammad menjadi orang yang paling mereka benci? Apakah orang Quraisy tidak kenal siapa baginda sehingga mereka ingin membunuhnya?  Mereka benar-benar telah merancang untuk membunuh nabi Muhammad dengan berbagai-bagai perancangan jahat, namun baginda diselamatkan oleh Allah. Allah merakamkan perancangan jahat orang musyrikin untuk membunuh nabi Muhammad S.A.W akan tetapi Allah telah menggagalkan perancangan mereka. Firman Allah dalam surat al-Anfal ayat 30:


"Ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang kafir musyrik ( Mekah )  menjalankan perancangan jahat terhadapmu untuk menjarakkanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka menjalankan perancangan jahat dan Allah menggagalkan perancangan jahat (mereka). Allah sebaik-baik yang menggagalkan perancangan jahat".


Ketokohan 


Baginda Rasulullah S.A.W. mempunyai pandangan yang jauh, akal fikiran yang tajam , semangat juang yang tinggi, kekuatan mental dan rohani serta tabah dan berani dalam menempuh pelbagai cabaran dan dugaan yang seharusnya dicontohi, sama ada di waktu penghijrahannya dari kota Mekah ke kota Madinah atau selepasnya. Oleh yang demikian, umat Islam  hendaklah bangun membina kekuatan rohani seimbang dengan kekuatan mental dan jasmani seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. dalam menyebar luas syiar Islam. Oleh itu setiap umat Islam  adalah bertanggungjawab  mempertahankan agama Allah.

Ketokohan nabi Muhammad sebagai manusia teragung yang pernah dilahirkan di muka bumi ini memang tidak dapat disangkal lagi walaupun oleh orientalis-orientalis dari barat. Jika hendak dibandingkan dengan ajaran lain seperti Kristian, Buddha, mahupun Yahudi, Rasulullah (S.A.W) merupakan satu-satunya pengasas agama yang secara jelas sejarahnya diceritakan sejak baginda dilahirkan sehingga baginda wafat. Ketokohan Nabi Muhammad (S.A.W) dalam memimpin sebuah negara, menjadi seorang jeneral perang, menunjukkan contoh yang terbaik kepada umatnya bagaimana untuk menjadi seorang sahabat, ayah, suami, anak dan lain-lain menjadikan baginda sebagai manusia yang teragung yang pernah dilahirkan hingga ke hari ini.


Keadaan Kucar kacir


Keadaan dunia pada masa itu amat tenat dan kucar kacir. Manusia pada ketika itu telah berperangai  kebinatangan. Terlalu banyak kelakuan buruk yang melingkari masyarakat ketika itu. Bukan sahaja di semenanjung tanah Arab, bahkan di negara Parsi dan juga Rom. Kehidupan mereka sungguh teruk, meminum arak menjadi satu kebanggaan. Persundalan dianggap satu keseronokan, amalan riba' berleluasa dalam perniagaan, hidup berpoya-poya menjadi tanpa haluan.

Kekejaman yang dilakukan dianggap satu keperkasaan. Kekuatan digunakan untuk menindas. Kekuasaan digunakan untuk mengaut kekayaan. Para penguasa selalu dimuliakan bahkan kadangkala dianggap sebagai tuhan. Orang awam yang lemah selalunya di perhambakan. Kepandaian sering digunakan untuk menipu. Setiap saat akal sentiasa digunakan untuk berbuat jahat dan untuk memenuhi tuntutan nafsu. Demikianlah gambaran masyarakat ketika baginda diutuskan. Apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam pada masa kini adalah menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh teladan yang paling sekali.



Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).

(al-ahzab 21).

Kesimpulan


Oleh yang demikian wajarlah kita merenung kembali sirah Rasulullah (S.A.W) dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan peranannya dalam pembangunan manusia sejagat.  Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi umat Islam untuk memperingati semula Rasulullah s.a.w. dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan terbaik.

Sumber:    Akhbar Utusan Malaysia


Tuesday 21 January 2014

AKTIVITI KOKURIKULUM


TARIKH     : 22 JANUARI 2014

MASA        : 3.00 - 5.20 Petang

AKTIVITI  : LARIAN MERENTAS DESA (akhir)

Tuesday 14 January 2014

SALAM MAULIDURRASUL 1435 HIJRAH

" SESUNGGUHNYA ORANG YANG PALING DEKAT DENGANKU PADA HARI KHIAMAT ADALAH ORANG YANG PALING BANYAK BERSELAWAT KEPADAKU"

Al-Nasai & Ibnu Hibban

Friday 10 January 2014

MAJLIS PERMAUFAKATAN WARIS TAHUN 6 (2014) 
BERSAMA PIHAK SEKOLAH DAN PIBG






MAJLIS PERMAUFAKATAN WARIS TAHUN ENAM 2014


TARIKH   : 10 JANUARI 2014 (JUMAAT)

MASA      : 3.00 - 5.00 PETANG

TEMPAT   : DEWAN SK BATANG KALI

Wednesday 8 January 2014

AKTIVITI KOKURIKULUM


Tarikh  : 08 JANUARI 2014

Masa    : 03.00 - 05.00 Petang

Aktiviti  : Pelantikan AJK Rumah Sukan dan Latihan Merentas Desa.

Monday 6 January 2014




                                         Pelancaran Program Amalan Guru Penyayang 2014.


Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti 
Saling sayang maaf memaafkan

Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih tuhan tiada bertepi
sayang Tuhan janjinya pasti

Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada bakti tiada kemaafan

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oh dunia

                                       Moga selamat di akhirat sana