SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SK BATANG KALI:::“103 TAHUN SKBK: SEIRING KOMITED BINA KEJAYAAN”

Tuesday 29 September 2015

untuk perkongsian guru bm

Format UPSR 2016

Bentuk dan Format UPSR 2016 Bahasa Melayu. Perkongsian Kertas Soalan UPSR 2016 (KSSR) merujuk Ujian Rintis Penulisan UPSR 2016 oleh Guru Sumber Bahasa Melayu dan Pemeriksa Kertas Ujian Rintis UPSR (KSSR) 2016.

Format Baru UPSR Bahasa Melayu KSSR

Perkongsian dapatan yang diperolehi,  Bentuk dan Format Soalan KSSR (UPSR Baharu) bagi Kertas Bahasa Malaysia adalah seperti  berikut

Format dan Bentuk Soalan KSSR Bahasa Malaysia UPSR

  • 4 Bahagian Wajib Dijawab oleh Calon Peperiksaan.
  • Tiada Soalan Pilihan.
  • Setiap soalan mempunyai pecahan aras.
  • Soalan berbentuk struktur dan berbentuk penulisan yang merujuk Bahan Grafik.

UPSR 2016 Format Baru. Soalan adalah Pelbagai Aras menjurus ke arah penyoalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Ramalan awal dan Contoh Soalan UPSR 2016 (KSSR) Bahasa Melayu yang digambarkan adalah seperti  berikut

Soalan  Bahagian A

Diberikan Bahan Grafik dan Arahan Soalan Pelbagai Aras

Format Baru UPSR Bahasa Melayu KSSR


  1. Senaraikan susunan warna lampu isyarat dengan betul.
  2. Sekiranya seseorang penunggang motosikal meneruskan perjalanan ketika lampu merah apa yang akan berlaku?

Soalan  Bahagian B

Bentuk Situasi dan menjurus ke arah Nilai Murni.
Seseorang lelaki tiba-tiba sahaja meluru masuk ke dalam rumah. Apakah yang sepatutnya dilakukan oleh beliau sebelum masuk ke dalam rumah? (10 markah)

Soalan Bahagian C

Diberikan Bahan Grafik dan Arahan Soalan

Format Baru UPSR Bahasa Melayu KSSR

Tuliskan sebuah karangan bagaimana hendak memelihara dan memulihara sungai daripada tercemar.

Soalan Bahagian D

Diberikan Bahan Grafik dan Arahan Soalan Struktur atau Rumusan (Fokus Umum dan Pemilihan jawapan yang sesuai untuk menjawab soalan).

Format Baru UPSR Bahasa Melayu KSSR

Sekiranya Format Soalan KBSR Bahasa Melayu UPSR sebelum ini statik yang mana mempunyai
  • Bahagian A (Bina Ayat)
  • Bahagian B (Karangan)
  • Bahagian C (Membina Ulasan-Nilai Murni)
Bentuk Soalan KSSR bagi UPSR 2016, format atau bentuk soalannya lebih dinamik dan memiliki kepelbagaian aras. Perbezaan dan Perubahan yang berlaku memerlukan pendedahan berperingkat kepada calan-calon yang bakal menduduki UPSR 2016 Format Baru yang akan datang.

Ramalan Kertas UPSR 2016 Format Baru ini masih tertakluk pada sebarang perubahan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Perkongsian ini merujuk sumber dari warga pendidik yang mengikuti kursus dan taklimat awal mengenai UPSR dalam KSSR mengikut negeri masing-masing.
 
Perkongsian dari laman blog :
 http://memoirinsani.blogspot.com/2015/04/format-baru-upsr-bahasa-melayu-kssr.html?m=1

No comments:

Post a Comment